I-KREATIF: Kreatif Mencetus Inovasi | Kursus Kumpulan Inovatif dan Kreatif

Kursus Inovatif dan Kreatifi dalam Organisasi adalah kursus yang direka bagi membina cara berfikir yang kreatif demi memastikan ianya dapat diaplikasikan dalam kerjaya kakitangan. Kajian kes yang diberikan adalah bersesuai dengan tugas dan rutin harian kakitangan sokongan. Ini bagi memastikan tahap keberkesanan kursus ini tinggi dan menepati sasaran yang diinginkan dengan izin Allah SWT.

Melalui Kursus Inovatif dan Kreativiti dalam Organisasi, para peserta dapat menguasai perkara berikut :

  • Meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam tugas secara kreatif.
  • Mengurangkan kos masa yang memberi kesan kepada kos operasi organisasi.
  • Menjadikan tugas kakitangan lebih ringan dalam mengendalikan rutin.
  • Mengurangkan tahap kebosanan kesan daripada pengulangan tugas.
  • Menjadikan kerja sebagai deposit amal, dengan meningkatkan sumbangan.

Peserta kursus ini juga menjadi sebagai agen transformasi dalam membangunkan idea-idea kreatif yang akhirnya menjadi inovasi di Jabatan dan organisasi.

Objektif Kursus:

  • Menerapkan gaya kerja berteraskan inovasi dan kreativiti kepada kakitangan.
  • Meningkatkan produktiviti total kepada organisasi.
  • Membina keberkesanan jaringan kerja luar dan dalam secara kreatif.

Selain dari objektif di atas, kursus ini juga membantu peserta bagi memperbaharui sistem mereka bekerja mengikut keperluan untuk hari esok.

Durasi Program

Kursus kumpulan inovatif dan kreatif ini boleh diadakan untuk tempoh 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Modul yang dibentangkan:

  • Modul 1: Merangsang Kreativiti daripada sumber ilham
  • Modul 2: Mengurus Kreativiti Hot Point Company
  • Modul 3: Menggunakan Senarai Semakan
  • Modul 4: Terapi Ketawa Mendorong Kreativiti
  • Modul 5: Improvisasi berdasarkan falsafah klaun
  • Modul 6: Mencipta masalah bagi diselesaikan
  • Modul 7: Mencipta idea menggunakan model Kano
  • Modul 8: Kaedah Enam Topi Berfikir
  • Modul 9: Membuat pelan perubahan & Recap individu

kursusikreatif

kursusikreatif2

sebut harga

share on