KOMUNIKATOR SUPER: 5P Strategi Komunikasi Berkesan | Kursus Komunikasi Berkesan | Kursus Komunikasi Efektif

Apabila Anda menyertai program ini Anda akan mempelajari kaedah berkomunikasi cara seorang top performer. Top performer dunia menggunakan Neuro Linguistic Programming (NLP), suatu kajian seni dan sains kecemerlangan manusia.

NLP mendedahkan cara manusia berfikir dan menerima maklumat melalui VAKOG (Visual Auditori Kinestetik Olfaktori Gustatori). Dalam keadaan biasa manusia menyerap masuk sebanyak 2 juta bit persaat maklumat melalui VAKOG mereka. Namun hanya 134 kilo bit per saat sahaja yang diserap oleh perwakilan dalaman mereka. Ia disebabkan oleh proses pemadaman, herotan dan generalisasi yang berlaku di dalam minda manusia. Ini memberikan kesan besar kepada komunikasi manusia.

Dalam bengkel ini, Anda akan mempelajari kaedah untuk mengetahui bagaimana manusia memproses maklumat, apakah tingkah laku mereka dan apakah kaedah komunikasi terbaik untuk individu bersesuaian dengan tingkah laku pilihan mereka. Anda juga mengetahui bagaimana mengenal tingkah laku melalui perkataan menggunakan Profil Bahasa dan Tingkah Laku (LAB Profile). Anda akan mengetahui apakah bahasa berpengaruh bersesuaian dengan profil mereka.

Ia melalui 5P Strategi Komunikasi Berkesan. Anda akan dilatih menggunakan beberapa mode yang apabila digunakan menjadikan Anda seorang KOMUNIKATOR SUPER.

Strategi 5P diperincikan sebagai berikut:

STRATEGI P1: Penyelidik

Seorang komunikator yang baik mengetahui latar belakang prospek yang beliau ingin berkomunikasi. Mengetahui keseluruhan tanda yang ada pada komunikasi verbal dan non verbal.

STRATEGI P2: Penghubung

Seorang komunikator yang baik menyediakan suasana kondusif untuk memudahkan komunikasi berkesan berlaku. 60 saat pertama adalah tempoh paling penting tujuan itu. Pada strategi ini akan diterangkan apa yang perlu dilakukan dalam tempoh itu. Pandangan pertama penentu kejayaan keseluruhan komunikasi dua hala.

STRATEGI P3: Penggodam

Setiap individu ada cara fikirnya yang tersendiri. Pandangan dua individu berbeza mengenai suatu perkara yang sama. Ini disebabkan oleh meta program yang berlaku pada minda mereka. Anda akan dilatih bagaimana untuk mengetahui meta program yang ada di minda prospek bagi mengatur strategi komunikasi yang baik.

STRATEGI P4: Perungkai

Maklumat yang diproses oleh minda ditapis oleh satu lapisan dikenali sebagai ‘critical faculty’. Ini menyebabkan kadangkala individu menunjukkan tanda penentangan. Di sini diterangkan bagaimana untuk menggunakan Meta Model dan Milton Model bagi mengendalikannya.

STRATEGI P5: Pementas

Di sini akan diperkenalkan bahasa-bahasa berpengaruh untuk menukar persepsi individu . Ia adalah buah kilas bagi membuatkan pandangan seseorang berubah.

Durasi Program

Kursus komunikasi berkesan ini boleh diadakan selama 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Para peserta bengkel dapat:

  • Memahami asas andaian NLP dalam komunikasi seharian
  • Berkomunikasi cara yang lebih berpengaruh dengan cara positif
  • Memasukkan mesej-mesej dengan jelas dan terang ke dalam sesiapa yang mendengar

kursuskomunikatorsuper2

kursuskomunikatorsuper

sebut harga

share on