Kursus Asas Neuro Linguistic Programming (NLP)|Alat Mengubah Tingkah Laku Dengan Kuasa Minda

Program Asas Neuro Linguistic Programming adalah satu alat membentuk tingkah laku  yang berkuasa tinggi untuk memahami dan mempengaruhi manusia. Neuro Linguistic Programming (NLP) adalah gabungan tiga bidang ilmu yang digabungkan. Neuro membawa maksud bagaimana seseorang individu berfikir. Linguistic adalah bagaimana kita proses berfikir diterjemahkan oleh minda dalam bentuk Visual, Auditori, Kinestik, Olfaktori dan Gustatori. Programming adalah pola tingkah laku.

NLP adalah kajian psikologi tingkah laku yang menawarkan teknik efektif untuk  memperbaiki hubungan dan komunikasi. Ia dinyatakan sebagai seni dan sains kecemerlangan manusia, kajian yang dapat membezakannya daripada teknik-teknik lain dalam pasaran. Program ini mengendalikan isu spesifik berkaitan sumber manusia dan pembelajaran aktif.

NLP menyediakan satu jalan untuk membantu individu menjadi lebih kompeten dalam apa sahaja mereka lakukan, mempunyai lebih kawalan terhadap minda, perasaan dan tindakan mereka. Ini menjadikan individu lebih positif dalam apa sahaja pendekatan yang  diambil dalam hidup dan dapat mencapai keputusan yang dikehendaki.

Program ini memberikan celik akal dan alat untuk mengendalikan cabaran sumber manusia termasuklah:

Mempengaruhi dan Komunikasi

Para peserta akan diperkenalkan keajaiban mewujudkan hubungan baik dengan teknik NLP.

Menetapkan dan Mencapai Matlamat

Orang berjaya adalah individu yang dapat menetapkan matlamat.

Kemahiran Kaunseling

Mempelajari kemahiran baru dalam membantu individu lain yang kecewa dalam menghadapi masalah mereka dengan cara positif menggunakan terapi efektif dan cepat.

Menyoal dengan Tepat

Bagaimana bertanya soalan mantap untuk menyelesaikan situasi sumber manusia dengan cepat dan tepat.

Kemahiran Temuduga

Memperkasa kemahiran menemuduga dan membuat keputusan dengan kepakaran bertanya untuk mengetahui mengenai manusia walaupun mereka sendiri tidak tahu mengenainya.

Kaunseling dan Coaching Kerjaya

Kemampuan mengubah individu lain dan kerjaya mereka dengan perancangan kehidupan dan perancangan kerjaya.

Mesyuarat

Menambah baik kemahiran mengendalikan mesyuarat dengan NLP.

Kemahiran Negosiasi

Pelajari kaedah berunding dengan lancar, mengelakkan konflik dan memperoleh hasil menang-menang.

Kemahiran Pembentangan dan Melatih

Pelajari keupayaan sesuatu yang berbeza dengan cara yang berbeza.

Durasi Program

Kursus NLP  ini boleh dianjurkan untuk tempoh masa 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance.

 

sebut harga

share on