KURSUS MENGENALI W.A.R.N.A | Meningkatkan Potensi Diri

Warna dan kehidupan adalah kombinasi yang sering berkait rapat. Setiap warna punya aura tersendiri dan mampu memberi impak yang positif mahupun negatif. Warna adalah pecahan cahaya yang memancarkan seribu maksud yang tersirat. Namun, bagaimana warna itu diaplikasi dalam kehidupan dan penampilan yang mampu menaikkan aura dan pesona diri.

Dalam kursus ini para peserta akan mengetahui kelebihan W.A.R.N.A (Warna Asas Reputasi Naikkan Aura) dalam kehidupan dan kerjaya. Mereka akan menyedari betapa pentingnya pengetahuan dan cara aplikasi W.A.R.N.A yang betul. Warna bukan sahaja membentuk personaliti yang menarik namun memberi impak kepada kehidupan sekeliling kita. Setiap warna punya personaliti yang berbeza. Maksud, kelebihan dan potensi diri juga berbeza bagi setiap warna. Kuasa warna, kuasi potensi diri.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Mengetahui kesan langsung wana kepada imej individu dan potensi diri.
  • Menganalisis padanan warna berdasarkan ciri-ciri dan pembawakan diri.
  • Membekalkan panduan berkaitan aura dan personaliti.
  • Membangunkan aura dan potensi diri dalam perhubungan, kesihatan, kerjaya dan seluruh kehidupan.

HASIL PEMBELAJARAN

  • Peserta dapat mengetahui keindahan dan kelebihan warna dalam kehidupan.
  • Peserta dapat mengenali diri serta warna yang membawa aura dalam personalitinya.
  • Peserta dapat mengamalkan teknik pemilihan warna yang betul dalam penampilan.
  • Peserta dapat mengaplikasi aura warna dalam diri, perhubungan dan kehidupan sekeliling.

 

sebut harga

 

share on