PEMBACA SUPER | Teknik Membaca Cepat Gaya Memori Super

PEMBACA SUPER dibangunkan bagi mendedahkan rahsia teknik bacaan pantas, latihan bagi menguasai bacaan pantas, membina keyakinan diri dalam menyerap ilmu dan mempersembahkan maklumat, menguasai BEST Numbers, mengenali personaliti belajar peserta, melatih kemahiran menguasai nombor dalam bentuk visual, kemahiran membuat & mencatit nota dan menanam nilai-nilai murni untuk cintakan ilmu di dalam diri setiap individu.

Objektif Pembelajaran

Di akhir program, para peserta akan pelajari:

  1. Membaca sebarang bentuk bahan bacaan dengan pantas dalam masa yang singkat.
  2. Memahami isi kandungan secara ringkas dan mendapat gambaran keseluruhan bahan bacaan dalam masa kurang 5 minit.
  3. Mengingati fakta/kata kunci penting menggunakan teknik mencatat nota dan teknik memori.
  4. Menyampaikan dan melakukan pembentangan bahan bacaan yang dibaca kepada peserta lain dengan jelas dan mudah difahami.

Kaedah Pembentangan Modul

Kursus ini akan memberikan 3 kemahiran yang penting untuk menjadi PEMBACA SUPER iaitu:

  1. Kaedah Membaca Super
  2. Kaedah Mengambil Nota
  3. Kemahiran Mengingat

Durasi Program

Kursus Pembaca Super ini boleh dianjurkan untuk tempoh masa 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance.

 

sebut harga

share on