PENGURUSAN KEWANGAN & PERAKAUNAN BIJAK

PENGENALAN

Kerangka ini bertujuan mengemukakan cadangan untuk mengendalikan Program berbentuk Bengkel Bimbingan ’Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Bijak’ untuk usahawan-usahawan. Matlamat utama kursus ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pengurusan Kewangan dan Perakaunan dengan memberi pendedahan tentang kepentingan Pengurusan Kewangan serta kaedah-kaedah pengurusan kewangan dan perakaunan. Program ini direkabentuk dan disesuaikan untuk usahawan yang mementingkan prestasi sebenar perniagaan mereka.

OBJEKTIF

Objektif utama Program Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Bijak ini adalah seperti berikut:

  • Mempertingkatkan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan
    kewangan dalam perniagaan.
  • Memahami sistem pengurusan kewangan yang sistematik dan berkesan.
  • Membantu usahawan menganalisa maklumat kewangan harian bagi
    memahami dan menilai prestasi perniagaan.
  • Berkebolehan menyediakan satu set akaun yang lengkap untuk perniagaan.

MATLAMAT PENCAPAIAN DAN PEMBELAJARAN KEPADA PARA PESERTA

Pada akhir program bengkel berbentuk ‘hands-on’ atau amali ini, diyakini para peserta mampu untuk memahami dengan jayanya:-

  • Kepentingan Penyediaan Bajet dan Pengurusan Aliran Tunai bagi mengurus
    perbelanjaan bulanan dengan lebih berhemah. Ini akan memberi kesedaran
    sama ada kedudukan kewangan berada pada kedudukan yang positif atau
    sebaliknya.
  • Membuat pilihan perbelanjaan dan hutang yang perlu dan penting sahaja.
  • Mengetahui cara yang terbaik untuk mengurus dan melindungi hutang piutang, aset dan pelaburan sedia ada.
  • Mengetahui dengan jelas bagaimana meminimumkan risiko pelaburan dengan cara mengenal pasti jenis pelaburan yang diceburi sama ada bersesuaian, mengenal toleransi terhadap risiko pelaburan dan pemilihan instrumen pelaburan yang sesuai.
  • Memperoleh kemahiran menyediakan penyata kewangan mengikut peraturan perakaunan untuk perniagaan.
  • Meningkatkan kemahiran menyimpan dokumen dan merekod urusniaga dengan sistematik.
  • Mahir dalam mengenal pasti, mengintepretasi dan menilai maklumat penyata kewangan.

 

sebut harga

share on