TRAINER SUPER: Kursus Train The Trainer | Kursus TOT

Adakah Anda seorang trainer, penceramah, pendakwah ataupun individu yang ingin mengetahui kaedah menyediakan sebuah program menarik dan memberikan impak tinggi kepada para pesertanya? Membentang dan menyampaikan sebuah program yang memberikan kesan positif dan mendalam kepada para pesertanya? Anda Ingin membangunkan sebuah program yang menjadi jenama kepada diri Anda dan setiasa diingati dalam pasaran latihan dan pembangunan kemahiran? Sertai Train The Trainers: Menjadi seorang TRAINER SUPER.

Trainer atau jurulatih bengkel membawa peranan besar dalam memastikan berlaku pengalihan kemahiran, pengalihan teknologi dan pengalihan maklumat daripada dirinya kepada peserta yang berada di dalam programnya. Sebuah program yang baik adalah program yang impak berpanjangan kepada para peserta program.

Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan menjelajahi dan menggunakan pelbagai alat yang digunakan oleh trainer professional dalam program mereka. Alat ini dengan menggabungkan kebolehan dan bakat yang ada pada Anda sebagai seorang trainer dengan Seni & Sains Seorang Fasilitator Pembelajaran (The Art & Science Of Professional Learning Facilitator).

Program pembangunan TRAINER SUPER yang holistik ini akan meliputi 3 bahagian utama iaitu:

Bahagian 1: Trainer/Pembentang (The Presenter)

Bahagian ini akan menfokuskan kepada pembangunan diri Anda sebagai seorang trainer. Ia meliputi minda, badan dan roh seorang seorang TRAINER SUPER

Bahagian 2: Modul Latihan & Pembentangan (The Presentation)

Bahagian ini akan menfokuskan kepada bagaimana sesuatu modul yang dibina dapat dipasakkan ke dalam minda peserta program. Ia meliputi pembangunan modul, aktiviti dan permainan dalam program.

Bahagian 3: Penjenamaan & Bisnes Latihan (The Branding & Business of Presenting)

Program yang baik perlu diberikan jenama yang baik bagi memastikan ia mudah dipasarkan kepada para pelanggannya. Pada bahagian ini Anda akan diperkenalkan kaedah penjenamaan, alat-alat pemasaran dan bagaimana untuk memastikan bisnes latihan Anda berjalan sepertimana yang dikehendaki.

Durasi Program

Kursus train the trainer ini dapat dijalankan untuk tempoh 3 hari

Sijil Pengiktirafan

Di bawah sistem latihan ini, para peserta ini akan menerima sijil MASTERY apabila mereka menunjukkan kemahiran dan kepakaran yang dipelajari pada bengkel 3 hari ini. Mereka diminta membenarkan Master Trainer berada dalam bengkel atau kursus kendalian mereka bagi tujuan coaching dan audit.

Sijil MASTERY akan diberikan apabila penilaian dibuat memenuhi standard yag ditetapkan.

trainthetrainerrukuntetangga

trainthetrainerrukuntetangga2

kursustrainersuper

kursustrainersuper2

kursustrainersuper3

 

sebut harga

share on