USAHAWAN SUPER|Pemantapan Jati Diri Usahawan Unggul

Seorang usahawan berjaya adalah individu yang mempunyai kekuatan intelek, emosi, rohani dan fizikal kuat. Ini bagi menghadapi apa sahaja cabaran dan rintangan yang bakal berlaku dalam bisnes mereka. Dunia bisnes adalah dunia penuh dinamika, apa sahaja teori yang pernah digunakan satu masa dahulu mungkin sudah tidak relevan dengan masa kini.

Permintaan pelanggan semakin hari semakin kompleks. Kompetitor bertumbuh bagai cendawan tumbuh pagi yang pasti akan mengurangkan kek ekonomi yang satu masa dahulu kelihatan besar. Seorang usahawan perlu menjadi seorang yang juga dinamik seiring dengan perubahan situasi persekitaran.

USAHAWAN SUPER perlu memahami teori ini:

Sebuah produk yang baik tidak dapat menemui pelanggannya apabila tidak diwujudkan perancangan pemasaran yang baik. Para usahawan perlu menjawab tiga soalan penting iaitu:

  • Apakah produk yang saya jual?!
  • Siapakah pelanggan yang mahukan produk yang saya jual?!
  • Bagaimanakah saya menjual produk saya kepada pelanggan saya?

Kursus ini membawa para usahawan mendalami konsep pemasaran berkesan dan bagaimana untuk mengimplementasikannya ke dalam bisnes mereka. Ia akan membawa usahawan berfikir beberapa soalan:

  • Apakah kekangan dan isu utama yang perlu dihadapi oleh usahawan masa kini?!
  • Bagaimanakah untuk mengesan dan menilai peluang pasaran?!
  • Bagaimanakah seorang usahawan mengambil peluang dengan sumber terhad?!
  • Apakah alat-alat pemasaran yang terbaik untuk produk sekarang?!

Maka, terdapat 3 Fasa yang perlu dilalui oleh USAHAWAN SUPER:

FASA 1

USAHAWAN SUPER perlu menyediakan diri dan minda seorang usahawan bagi menghadapi cabaran semasa.

FASA 2

USAHAWAN SUPER diperkenalkan dengan satu alat yang berkuasa tinggi bagi memudahkan para usahawan memahami bisnes mereka secara bersistem, dapat mereka bentuk semula dan membuat implementasi model bisnes. Ia dikenali sebagai KANVAS BISNES MODEL.

FASA 3

Fasa terakhir ini, USAHAWAN SUPER  perlu menyediakan minda pemasaran usahawan.

Durasi Program

Kursus ini boleh dianjurkan untuk tempoh 1 hari untuk Fasa 1, 2 hari untuk Fasa 1 dan Fasa 2 dan 3 hari untuk Fasa 1 hingga Fasa 3.

Selain itu, kursus ini juga boleh dijalankan dalam sesi coaching di mana pelanggan/peserta perlu menyenaraikan objektif mereka dalam penyertaan sesi coaching tersebut.

 

sebut harga

share on