FINE FOR TEENS | COMBAT Leadership

PENGENALAN

Seorang pemimpin tidak akan mampu mendaki tangga hierarki tertinggi tanpa tanggungjawab dan keteguhan jati dirinya sendiri. Potensi dalam mempengaruhi individu lain harus seiring dengan karisma dalam setiap tindakan.

Program ini sangat relevan untuk golongan pelajar sekolah dan mahasiswa yang akan menerajui pucuk pimpinan bangsa satu hari nanti.

Selepas program, peserta akan dapat:

  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dalam menjadi pemimpin
    yang dipercayai.
  • Mempersiap diri menjadi pemimpin yang berkualiti dari segi fizikal, mental, emosi
    dan intelektual.
  • Mengaplikasikan COMBAT – Creative, Optimist, Motivated, Brave and Action
    Taker.
  • Menjadi pemimpin yang berpengaruh dan bertindak secara rasional.
  • Mengetahui tips-tips bahasa badan yang berkualiti dan berimpak tinggi.

SASARAN PESERTA

Pemimpin Sekolah/Kolej/Universiti (Pengawas/MPP/Persatuan/dan lain-lain)
Guru-guru adalah diutamakan

DURASI PROGRAM

2 Hari, 1 Malam atau 3 Hari, 2 Malam

TESTIMONI

“Program ini membuatkan saya hebat. Saya suka personaliti dan keyakinan penceramah. Sekarang saya boleh memimpin, berkomunikasi dan mengekalkan kehebatan saya.” – Muhammad Hafiz Hussin, Mahasiswa

““Program ini membuatkan saya lebih berkeyakinan untuk menjadi pemimpin. Saya suka akan aktiviti yang santai namun penuh manfaat. Sekarang saya boleh bercakap di hadapan dan berkomunikasi dalam kumpulan. Program ini memang terbaik!” – Balkis Hanani Bt M Rusli, Pelajar

 

sebut-harga-kursus

share on