FINE FOR TEEN | Sedia Awal (Motivasi & Persediaan Awal Tahun)

PENGENALAN

Anak-anak memainkan peranan penting dalam membayar jasa kedua ibu bapa. Program ini dirangka khas untuk pelajar yang benar-benar ingin berjaya dengan meletakkan strategi-strategi dalam proses pembelajaran.

Teknik berkesan wajar diaplikasikan oleh setiap pelajar kerana hal tersebut membantu kelancaran ingatan. Daya fikir secara kreatif dan kritis akan didedahkan supaya dapat melahirkan generasi yang luas pandangannya.

Selepas program, peserta akan dapat :

  • Membina konfiden dan jati diri melalui modul-modul yang dibentangkan
  • Meletakkan target dalam menempa kejayaan
  • Mengenal pasti bakat yang boleh dicungkil dan mempunyai potensi dikembangkan
  • Mengaplikasikan metod pembelajaran efektif
  • Merancang strategi ketika belajar dengan mudah

SASARAN PESERTA

Pelajar berusia 13 hingga 21 tahun.

DURASI PROGRAM

1 hingga 2 hari.

TESTIMONI

“Saya rasa lebih yakin untuk target PT3 tahun ini. Dapat mengetahui kemampuan diri untuk lebih faham dalam pembelajaran. Saya juga dapat belajar kebolehan untuk berfikir dengan lebih logik. Motivasi yang abang kongsikan, menyedarkan diri saya untuk berusaha lebih maju di masa akan datang.” – NURUL ZAHIRAH MARZUKI, PELAJAR

“Dapat semangat untuk belajar. Saya juga dapat tahu bagaimana untuk memilih aliran. Abang memang terbaik ! Saya seronok menyertai program ini.” – HISHAHMUDDIN NORDIN, PELAJAR

 

sebut-harga-kursus

share on