FINE FOR TEENS | Cyberpower

PENGENALAN

Capaian internet tanpa sempadan menyaksikan banyak gejala sosial. Tidak dinafikan, ada juga baiknya penggunaan internet dalam kalangan masyarakat. Positifnya, media sosial dan enjin carian membenarkan masyarakat saling berhubung dan mengetahui berita dengan lebih pantas. Negatifnya, dunia siber juga ada kuasa bagi memanipulasi maklumat dan menghuru-harakan ummah.

Program ini menjadi tembok untuk para peserta menangkis virus-virus yang menular dalam kalangan pengguna internet serta pengamalan penggunaan internet dengan berhemah dan berfaedah. Kesedaran seperti mengenali konsep Dunia Tanpa Sempadan dan tips-tips yang boleh dipraktikkan ketika berada di alam maya akan didedahkan.

Selepas program, peserta akan dapat :

  • Memahami pros dan kons dunia tanpa sempadan
  • Mengimplementasi tips-tips berhemah penggunaan internet
  • Memperhebat jati diri ketika belayar di alam maya
  • Membangunkan FIRE (Fizikal, Intelek, Rohani dan Emosi)
  • Menggunakan alam siber dengan penuh sempadan dan teladan

SASARAN PESERTA

Pelajar berusia 13 hingga 21 tahun

DURASI PROGRAM

1 hingga 2 hari program

TESTIMONI

“Program ini membuatkan saya sedar tentang bahaya penggunaan gadget tanpa pemantauan terhadap anak-anak. Saya kini tahu bagaimana untuk mengawal dan mengurus penggunaan gadget berdasarkan tujuan pemberian kepada mereka. Saya ingin berterima kasih dengan ilmu yang berguna ini” – AIDL HAZWAN, BAPA

“Program ini membuatkan saya tersedar yang saya terlampau obses dengan gadget. Saya akan mengawal diri dan lebih fokus dengan pelajaran saya selepas ini.” – SOFEA, MAHASISWA

 

sebut-harga-kursus

share on