FINE FOR TEENS | Halatuju & Kerjaya (Finishing School)

PENGENALAN

Graduan harus bersedia daripada segi mental dan intelektual. Hal ini kerana skrol saja tidak akan menjanjikan pekerjaan yang selesa untuk mereka.

Program ini akan menemui para graduan bagi mengenal bakat dan potensi diri dalam usaha membentuk pasaran graduan itu sendiri. Cara pandang para peserta akan berubah menjadi lebih rasional dan matang.

Selepas program, peserta akan dapat:

  • Melihat lebih jelas halatuju dan pilihan selepas tamat belajar
  • Menentukan kerjaya yang sesuai bergantung kepada minat dan kecenderungan
  • Merancang dan mengurus kewangan semasa belajar dan bekerja
  • Mengenal pasti potensi diri dan bakat
  • Mendedahkan diri dengan persekitaran kerja yang hakiki

SASARAN PESERTA

Pelajar IPTA/IPTS

DURASI PROGRAM

1 hingga 2 hari.

TESTIMONI

“Program ini membuat saya tahu halatuju diri saya selepas tamat belajar. Saya suka akan pengisian program yang menarik. Selepas ini saya akan mengaplikasikan segala ilmu dalam kehidupan sebagai seorang pelajar untuk mencapai apa yang saya cita-citakan” – NUR NAZIHAH BT AWANG NAWI, MAHASISWA

“Saya terkejut dengan kebolehan yang ada pada diri saya yang saya tidak sedar sebelum ini. Saya kini tahu kerjaya yang sesuai dengan kebolehan dan bakat yang ada pada diri. Saya akan terus gilap kebolehan demi masa depan yang lebih cerah!” – NUR FATIHAH BT HAMZAH, MAHASISWA

 

sebut-harga-kursus

 

share on