FINE FOR TEENS | Waze Your Ambitions

PENGENALAN

FINE Academy bawakan program WAZE Your Ambition untuk mengenal pasti potensi dalam diri dan meneliti sejauh mana cita-cita boleh direalisasikan. Ketahui bagaimana cara mendepani konflik yang menjadi strategi dalam kehidupan.

Ayuh, persiap mental dan intelek dalam mengharungi dunia penuh cabaran terutama dalam bidang kerjaya. Atur langkah dari awal supaya langkah akan datang lebih lancar
tanpa perlu bertatih.

Selepas program, peserta akan dapat :

  • Memilih kerjaya impian dengan potensi diri sedia ada
  • Mengetahui pros dan kons dalam pemilihan jurusan
  • Menghadapi cabaran dengan bijak
  • Menetapkan pemikiran positif dalam apa jua suasana dan persekitaran
  • Melihat dengan lebih jelas laluan kerjaya

SASARAN PESERTA

Pelajar berusia 16 – 21 tahun

DURASI PROGRAM

2 Hari, 1 Malam

TESTIMONI

“Program ini membuatkan saya bersemangat dan bermotivasi untuk merancang masa depan saya. Saya suka akan pendekatan psikologi yang penceramah gunakan. Sekarang saya boleh rancang hala tuju saya.” – LEYLYANA HIDAYATI ABDULLAH, PELAJAR

“Saya tidak suka jangka masa program yang singkat. Saya harap kita mempunyai lebih masa untuk bertemu dan belajar lebih banyak benda baru. Saya akan gunakan ilmu yang ada untuk mengharungi cabaran kehidupan di universiti.” – MARINA A/P MAHIMADASS, PELAJAR

 

sebut-harga-kursus

share on