TAMPIL BERGAYA: Ketrampilan Diri dan Peningkatan Personaliti ke Pejabat dan Majlis Rasmi | Kursus Ketrampilan Diri

Imej bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, imej adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri- ciri individu yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja. Lebih kritikal lagi, imej ini juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja, staf mahupun klien.

Ini bermakna, imej diri individu yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan keunggulan reputasi organisasinya. Oleh itu, komitmen untuk menghebatkan reputasi sesebuah organisasi harus dimulakan dengan menghebatkan imej setiap kakitangannya.

Program ini menerapkan elemen A,B,C imej yang merangkumi :

  • A: Appearance (Apa yang Kelihatan)?Mempelajari teknik mengurus imej professional dalam setiap acara dan urusan.
  • B: Behavior (Tingkah Laku)?Mempelajari ilmu berkaitan etika dan adab dalam pekerjaan dan tanggungjawab yang diberikan.
  • C: Communication (Komunikasi Berkesan)

Mempelajari teknik yang memudahkan mereka menyampaikan kehendak, keperluan dan permintaan kepada yang lain dengan berkesan. Dalam masa yang sama, menjaga tatatertib dalam berkomunikasi secara dua hala.

Objektif Program

  • Mengetahui kesan langsung imej individu terhadap reputasi organisasi.
  • Menganalisis imej dan ciri-ciri profesional yang perlu ditambahbaik.
  • Membekalkan panduan berkaitan teknik berketrampilan dan penampilan.
  • Memperbaiki cara berhubung sesama individu di dalam dan di luar organisasi.

Apa yang Akan Diperoleh Para Peserta

  • Peserta dapat mengetahui risiko imej diri yang lemah dengan potensi kemajuan dalam kerjayanya.
  • Peserta dapat memahami kelebihan imej diri untuk diserasikan dengan budaya kerja organisasi.
  • Peserta dapat mengamalkan gaya ketrampilan profesional yang disenangi ramai.
  • Peserta dapat melaksanakan keperluan berhubung dengan orang lain dengan efisyen.

Perincian Modul

  • Modul 1 : ANDA – Adalah Duta Organisasi Anda
  • Modul 2 : Gaya Personaliti Saya
  • Modul 3 : Bentuk Muka dan Bentuk Badan Saya
  • Modul 4: Pengaruh Psikologi Warna
  • Modul 5: Etika Membina Perhubungan Professional
  • Modul 6: Menangani Kritikan
  • Modul 7 : Prinsip Individu Professional

Durasi Program

Kursus ketrampilan diri ini boleh dianjurkan untuk tempoh 1 hari (asas), 2 hari (sederhana) dan 3 hari (advance)

seminarimejpower

seminarimejpower2

sebut harga

share on